Friday, February 25, 2005

Sayuran di dalam Bakul


percubaan sulong skecthing...lakaran pensil dan charcoal...kebosanan di pejabat lantas aku mencuri sedikit masa di bilik teknikal sambil menyiapkan sketching ini...mm...'cantik lagi kau punya' kata Azhar sambil merujuk contoh di dalam buku Drawing and Painting Course ku..


vegetable in basket Posted by Hello

Udeen in Pencil Posted by Hello

Hasil Seni Yang Pertama...


Adam in pencil Posted by Hello

Inilah potret Adam ...potret pertama berbayar, ya ditempah oleh ibunya...bukan harga yang penting pada aku tapi pengiktirafan bahawa lakaran pensilku boleh mendatangkan hasil...bukan contengan kosong lagi...dan bayaran adalah satu pengiktirafan...

...ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada sis Azlina yang yakin akan kemampuanku melakar wajah comel putera sulongnya...terima kasih sekali lagi.....

Thursday, February 24, 2005

Lakaran naive...Nana


Nana Posted by Hello

Menjenguk kembali koleksi silam ...potret pertama yang aku jelmakan membuatku tergelak sendirian...inilah first stroke aku....naive nya, kelakar tapi aku bangga kerana lakaran dihasilkan sehabis jujur....

"Gamba siapa ni Nana", tanyaku kepadanya di suatu petang.
"Gamba Nana", jawabnya ringkas menguntum senyum penuh makna

Peghhhh lega...jawaban jujur Nana sangat besar ertinya, penuh jujur...hati kanak-kanak mana bisa menipu...dan aku mula membina keyakinan... gambar ini sangat istimewa ...

PakLah_point/ close-up Posted by Hello

PakLah_pointillism Posted by Hello

Stipple/pointillism portrait Posted by Hello

Tasik Gunung Silamantaro Posted by Hello

Sesejuk Salji Di Gunung Posted by Hello

Hutan Dara Nan Lara Posted by Hello

Potrait-Pointillism Posted by Hello

Malay Traditional House Posted by Hello

...Ombak dan batu, di mana pantai...


Deburan Ombak Posted by Hello

...hasil seni kedua - oil painting menggunakan flat brush dan juga painting knife...Nana membantu atau lebih tepat mengacau painting ini pada awalnya esp color batu...merah, coklat, hitam...apa sahaja, semua ditepeknya...lukisan ini disiapkan selepas melalui 2 peringkat/ stages. Stage pertama menyiapkan latarnya yang hambar..stage berikutnya meletakkan effect 3D dan memasukkan cahaya ...puas hati? utk percubaan pertama..apa lagi yg aku mahukan selain mengucapkan tahniah kepada diri sendiri...

...ingin merakamkan terimakasih kepada Nana yg tidak membantu painting ini disempurnakan, suri tercinta yg tidak ambil pusing pasal studio mini ku berterabur dan Min juga Warda krn menjadi penonton setia...kena marah pun ada..

Wednesday, February 23, 2005

Drawing hand

Sesi petang Sabtu bertemu Raja Azhar membuka perspektif baru dalam berkarya...aku sampai beberapa kali menelefon kerana bimbang tidak menepati janji...Now u draw ur hand as if the hand going toward you....and no eraser in my class....sesi petang itu terasa seperti cepat berlalu....aku melakar, menconteng dengan lebih berani....'u have hidden talent' komennya di akhir sesi pertama itu...

umpama bumi dipasak gunung...

Sekali lagi aku bersyukur ke hadrat Ilahi....terima kasih kepada Tuan Fakrullah SAC bukit Aman keran yakin aku boleh menyudahkan oil painting gunung Kinabalu untuk enghiasi ruang tangga rumahnya....Sekian lama tidak melakar warna, aku meyakinkan diri boleh menyudahkan projek yang diberi...

Yang Seni itu Indah....

itulah bunyi sebuah tajuk artikel mengenai seni....dan aku tidak berpaling lagi....cari lagi buku panduan dan aku perlu mencari seorang guru. Buku kedua ' Drawing from the right side of the brain' banyak juga mengjar dan memberi panduan yang baik mengenai teknik melukis, membuat shading dan sebagainya...

..asahan pencil pun bermula....

Ya...begitulah, seperi mana tajuknya asahan pensil ku bermula secara tiba-tiba berpunca dari kunjungan ke kedai buku di Ampang Point. Selepas selesai appointment Warda di Ampang Puteri, aku membawanya ke kedai buku sementara menanti suri rumah tercinta habis kerja...Sebuah buku 'A Painting Course' amat menarik minatku, sambil duduk bersila aku membelek-belek buku itu yang ringkasannya mengandungi basic guide to draw and painting...beberapa step-to-step guide homework turut sama dilampirkan...ahhh, setidak2nya artwork itu akan ku gunakan untuk digantungkan di dada rumah sendiri...kalau bukan di galeri...terus buat keputusan untuk membelanjakan RM69.90 untuk menukarmilikan buku itu...