Wednesday, February 23, 2005
..asahan pencil pun bermula....
Ya...begitulah, seperi mana tajuknya asahan pensil ku bermula secara tiba-tiba berpunca dari kunjungan ke kedai buku di Ampang Point. Selepas selesai appointment Warda di Ampang Puteri, aku membawanya ke kedai buku sementara menanti suri rumah tercinta habis kerja...Sebuah buku 'A Painting Course' amat menarik minatku, sambil duduk bersila aku membelek-belek buku itu yang ringkasannya mengandungi basic guide to draw and painting...beberapa step-to-step guide homework turut sama dilampirkan...ahhh, setidak2nya artwork itu akan ku gunakan untuk digantungkan di dada rumah sendiri...kalau bukan di galeri...terus buat keputusan untuk membelanjakan RM69.90 untuk menukarmilikan buku itu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment